Mutiara Kata Hatiku...

nuff

Thursday, August 19, 2010

sambutan aidilfitri dulu dan sekarang....

assalamualaikum..
Alhamdulillah dh 9 hari kita berpuasa.. namun sehingga ke hari ini takde sekeping pun kad raya aku terima.. kalau 10 thn dulu, masa ni dh berkeping-keping kad raya aku terima.. siap berlumba-lumba dgn adik beradik lain siapa dpt kad raya paling banyak..
hmm.. sekarang ni ucapan raya hanya diterima melalui emel, facebook, sms atau mms.. selalunya malam raya barulah ucapan raya tu diterima melalui sms/mms.. hinggakan jem talian..
dulu.. bila dh 2 minggu puasa, aku sibuk mencari ranting pohon buluh utk dihiaskan dirumah dgn gantungan kad-kad raya.. sekarang ni nk cari pohon buluh kat town ni pun dh payah..
dulu.. bila dh 2 minggu puasa, aku dgn kengkawan sibuk mencari buluh utk dibuat 'punjut'.. batang buluh sepanjang 3-4 kaki.. ditebuk 3-4 lubang utk dijadikan pelita, dihiaskan keliling rumah & sepanjang lorong kerumah.. sekarang ni bukan hanya buluh susah nk cari.. minyak api/gas pun susah nk cari!
org sekarang dh x pasang pelita lagi dah. org sekarang hanya pasang lampu lip-lap jer (kelip2).. itupun dh x bnyk org pasang.. maklumlah, org sekarang ni bz belaka..
dulu.. kalau 2-3 hari lagi nk raya, org dh sibuk anyam ketupat.. ketupat bawang lah.. ketupat 4 segi lah.. tp org sekarang xde masa nk anyam ketupat.. rebus ketupat segera jer.. lemang pun beli jer.. ramai org jual..
argh.. itulah antara kemeriahan raya yg telah dilupakan oleh org zaman sekarang.. org sekarang terlalu bz.. masa utk bersama keluarga & jiran tetangga amt terhad..
apa komen kengkawan?? boleh share..
 

Wednesday, August 18, 2010

Surat Cinta Seorang Rocker's Sejati....

Kehadapan awekku,Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!.. chow..!

Yang Benar,Rockersejati...
Mat rock yg lara..
 
cmana ok tak.....rock2 juga akhirat jgn lupa.......

Sunday, August 1, 2010

Ibu tetap ibu.....

Kepada yang bermasalah dengan ibu, baca pula cerita saya ini dan bandingkan penderitaan kita serta layanan terhadap ibu kita. Saya dilahirkan sebagai anak kedua dalam tiga orang cahaya mata sepasang suami isteri ber'jenama'. Dilahirkan pada tahun 1968. Berkulit hitam (ala anak mamak gitu). Berbetulan adikku juga perempuan yang mempunyai kulit putih melepak. Seawal usia aku mengenal tanah aku telah dibiarkan bermain di panas bertambah hitamlah kulitku dan bertambahlah kebencian ibu.

Aku dibiarkan bermain dengan abang bersama kawan kawan lelakinya yang lain sedangkan adikku duduk di rumah. Apabila bergaduh akulah yang akan dibelasah teruk, tak cukup dengan caci maki. Hingga kini bekas torehan pembaris yang patah di pipi kananku masih berparut. Ketika tu aku pernah terfikir untuk lari kerana mengikut penilaian ku sendiri aku ni anak pungut kerana perbezaan warna kulit membuatkan aku dibenci oleh ibu.

Sedih rasanya. Ketika makan, aku hanya mendapat kulit ayam, daging yang sipi sipi terlupa di kikis dari tulang, dan dicampakkan saja pinggan ketika menjamu selera. Ketika mengadap rezeki hatiku sentiasa sebak. Hanya hatiku menangis. Ada juga ketikanya aku menjamah nasi dengan berkuahkan air mata. Tak payahlah diceritakan di sini kelak aku sendiri tidak tidur lena apabila mengenangkan. Semasa peperiksaan penilaian aku pergi tanpa menjamah apa apa makanan dan aku hanya diberikan pensil dua batang, pemadam dan pembaris, pun begitu sebaris gigiku yang cantik ku hadiahkan untuk ibu demi mencium tangannya sebelum menduduki peperiksaan.

Aku berjaya menjadi antara 10 terbaik di sekolah. Aku berjaya ditempatkan di asrama penuh. Tetapi disebabkan kenakalanku, aku dibuang. Menyesal betul ketika tu. Aku kembali semula tinggal bersama ibu dan ayah. Semasa tingkatan 3 aku hanya diberi tuisyen Matematik sahaja sedangkan adikku (tingkatan satu) di beri kesemua matapelajaran dan berhantar berjemput. Sedangkan aku kena tukar dua kali bas baru sampai tempat dituju. Ketika ayah memasuki dewan mengambil keputusan percubaan SRP ayahku di berikan standing ovation kerana anaknya bakal menggegarkan nama sekolah. Ayahku terpanar sehingga menitiskan air mata semasa menungguku pulang dari sekolah. Ibuku membungkam kerana adik dan abangku tidak setanding. Tetapi aku tidak pernah mendabik dada. Sekali lagi aku berjaya memasuki asrama penuh. Kali ini aku bertekad untuk menjaga tatasusila.

Alhamdulillah aku berjaya juga melanjutkan pelajaran ke luar negara. Seperti biasa aku tetap inginkan bau ibu. Akan ku telefon ibu setiap kali menjelang peperiksaan, minta halalkan makan minum, minta dia menyayangiku walaupun jauuuh di sudut hatinya. Aku menangis. Aku tahu dia pun begitu.

Sekembaliku dari luar negeri aku berkahwin. Bencinya padaku masih belum pudar. Aku ingat lagi kata katanya semasa menghantar ku ke rumah besan, yang tidak terungkap di sini. Biarlah ia reput bersama kain kafanku namun tidak tergamak ku ceritakan disini. Semasa ibu nak ke Mekah aku berjengket jengket dari jauh menghantar ibu dengan linangan air mata kerana ibu tidak mahu mendakapku, di dalam hati, biarlah ibu selamat, jangan sampai ibuku terjatuh atau dipijak oleh jemaah lain (ibu pergi ke sana dengan muhrim lain kerana ayahku telah tiada). Semasa ibu memasuki ruang legar, ibu terjatuh kerana orang terlalu ramai berebut rebut sehinggalah aku mengangkat tangan di tengah tengah orang ramai sambil berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku aku tidak redho ibuku disakiti oleh umat lain semasa dia hilang dari pandanganku hinggalah ibuku selamat pulang". "Ya Allah yang Tuhanku, aku gadaikan segala penderitaanku semasa di dalam jagaan ibu dengan kesenangannya menunaikan segala ibadah tanpa ada cacat cela, Aku serahkan ibuku dalam jagaanMu . . . panjang lagi doaku. Kalau tidak kerana anakanakku menangis mau rasanya aku solat sunat di lapangan terbang itu bermunajat. Alhamdulillah, sekembalinya ibu dari Mekah, aku yang ditujunya. Diciumnya pipiku ibarat selapang padang pasir pipiku di cium dan dicium. Katanya beliau hanya teringatkan aku di setiap tempat suci. ALHAMDULILLAH.

Hingga kini hubunganku dengan ibu tidak pernah terjejas. Kadangkala itu terlepas jua namun tidak pernah aku kecil hati. Ku jaga dengan penuh hati hati. Ditambah lagi aku sudah punya anak, ku jaga dan semai mereka dengan penuh kasih sayang, yang tiada berbelah bagi. Kalau tajuk asalnya ibu pening dengan perangai anak, kini aku nak menyeru anak yang berpandangan demikian terhadap ibu yang mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan kita dengan seribu satu penyiksaan yang bersengkang mata ketika kita demam. Alahai, walau didukung ibu dari sini ke kota Mekahpun belum tentu kita dapat membalas jasa ibu . . . Bertaubatlah. Apa yang ingin ku kongsi bersama, setiap kali lepas solat berdoalah agar kita dikurniakan hati yang bersih walaupun warna kulit kita lebih gelap dari malam. Hati yang bersih akan terpancar di wajah. Doa juga agar kita disayangi oleh semua orang terutama ibu @ suami....


cmana sekali pun ibu melayan kita sayngi la ibu seikhlas hati kita........

Thursday, July 29, 2010

kisah seorang cikgu yang insaf.....

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu..

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,

"Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah


Dipetik dari mahligaiku.......mudah2an menjadi pedoman.........

Monday, July 5, 2010

BACA DAN RENUNGKANLAH....

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.


...pasanganku


Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku


Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku


Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku


Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku


Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku


Selalu.. Mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku


Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku


Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...


bolehkah kau kirim wang untuk Mak?


Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".





Berderai air mata jika kita mendengarnya........





Tapi kalau Mak sudah tiada..........


MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....





Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....


berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....


berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....


berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......


berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....


berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....





Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


sedih kan bila dipikir2 kn balik.........

Thursday, June 24, 2010

10 hal utk hidup indah

1. CINTA
Hiduplah dengan cinta. Mencintai hidup, mencintai sesama dan seluruh alam semesta akan membuat kita terasa lebih hangat dan indah luar biasa.

2. RESPECT
Memberi dan menerima, sudah menjadi hal yang semestinya kita lakukan dalam kehidupan. Salah satunya memberikan rasa hormat kita pada orang lain. Membuat orang senang itu menyenangkan, let’s get do it.

3. BERSYUKUR
Tak ada yang lebih indah daripada kata hidup. Berterima kasihlah bahwa Tuhan telah memberikan hidup pada kita. Mari jadikan hidup penuh syukur.

4.. BAHAGIA
Kata orang, bahagia itu relatif, tapi punya tanda minimal, yakni senyum. Orang yang berbahagia selalu menunjukkan senyumnya yang paling manis. Bukankah senyum pada saudara adalah ibadah.

5. FORGIVENEES
Banyak orang stress gara-gara tak bisa memaafkan dirinya sendiri dan orang lain. Hidupnya penuh dengan kemarahan, yang akhirnya membuat ia tertekan. Padahal jadi seorang pemaaf lebih menyenangkan.

6. BERBAGI
Salah satu cara membuat hidup itu tidak sepi adalah dengan berbagi. Berbagi apa saja, curhat sama teman, berbagi kasih sayang dengan anak yatim atau yang lainnya.

7. KEJUJURAN
Hidup tanpa kejujuran seperti nelayan yang selalu menambal jala sebelum terjun ke laut. Jujur mampu membuat hidup kita lebih ringan, tak ada beban untuk menutupi kebohongan yang kita lakukan.

8. KETULUSAN
Jika kejujuran membuat hidup kita lebih ringan, ketulusan membuat hidup kita lebih mantap.

9. KEPEKAAN
Suatu keajaiban yang diberikan Tuhan pada kita adalah hati. Dengan hati, kita bisa merasakan sedih dan senang, bisa memilih kebenaran. Tinggal kita menjaga hati yang tetap peka

10. KEDAMAIAN
Kedamaian adalah anugerah yang sangat mahal

Buat ayah...

Bercerita tentang kes tangkap isteri pada hari bapa teringat pula satu cerita yang dikongsi bersama saya melalui kawan kepada kawan
 
Ceritanya bermula begini,
Pasangan ni dah lama bercerai, sejak anak dia berumur 6 bulan mereka telah bercerai sehinggalah anak berumur 8 tahun mereka tidak berkahwin lagi.
Pada satu pagi bekas isteri menerima panggilan daripada bekas mentua mengatakan dia tidak dapat contact anak lelaki kesayangannya. Dia nak menyampaikan berita kematian nenek kepada lelaki tersebut. Nak dipendekan cerita kebetulan pasangan yang telah bercerai ni tinggal satu kawasan. So, bekas bapa mentuanya menyuruh bekas menantunya pergi tengok anak lelaki dirumah untuk menyampaikan berita tersebut. Dalam keadaan terpinga2 kebetulan dia memang tidak tahu alamat sebenar bekas suaminya hanya kawasan perumahan saja yang diketahui. Memandangkan si anak kecil pernah pergi sekali ke rumah bapanya dia pun dengan girang menawarkan diri untuk tunjuk rumah bapanya.
Sampai di sana si anak kecil ni pun memanggil papanya.... assalamualaikum. ..papa... papa....oi. ..papa... papa shai......papa. ..kakak datang ni
Lebih kurang 15 min si anak tu menjerit, tetapi tiada jawapan, mustahil tidak ada, sedangkan motornya terpacak diluar.
Rumahnya sunyi sepi hanya selerakan kasut yang berada didepan pintu. Tiba2 si ibu ni ternampak sepasang kasut tumit tinggi didepan pintu rumah tersebut. Mustahil lelaki yang memakainya, so dia mengagak mungkin kedatangan mereka tidak kena waktu. Si ibunya pun memujuk anak kecil tu dengan mengatakan mungkin papa tidur mati lalu mereka pun berlalu pergi. Si ibu sedih melihat telatah anak kecil yang tidak mengerti, dengan girang berlalu sambil berkata papa tidur mati mama, ha..ha..ha..
Sampai dirumah ibu kepada wanita tersebut bertanyakan adakah dapat sampaikan berita kematian tersebut kepada bekas suamainya. Dia berterus ternag kepada ibunya tentang apa yang dilihatnya dan terdengarlah oleh si anak kecil ni. Apa lagi meraung sedihlah si anak kecil ni, papa tipu kakak, papa tipu....tapi papa tak kan tipu kakak.....papa dah janji nak beli komputer dan congkak untuk kakak...mama yang tipu....mama tipu...
mamanya rasanya bersalah dan memujuk kembali anak kecilnya. Yalah...mama tersilap, memang papa tidur mati, dulu masa mama dengan papa, papa memang susah nak bangun sampai kena letak air kat muka dia baru bangun. Tergelaklah si anak kecil tersebut...
Yang menyedihkan saya rupanya sianak ni dah prepare kad untuk bapanya dan ingin diberikan pada papanya sempena hari bapa tersebut. Yang saya tahu sejak mereka bercerai hanya ketika menyambut hari lahir anak dia ke-7 baru anak kecil tu mengenali bapanya, Selama itu bapanya tridak pernah bertanya khabar mahupun memberi nafkah kepada anak tersebut. Tetapi mungkin didikan ibunya dan orang disekeliling, sianak tetap mempunyai nilai kasih kasayang terhadap bapanya walaupun tidak merasa kasih sayang sebenar daripada bapanya selama ini.
 

Tuesday, June 22, 2010

Muslihat Ayah Minta Duit.......

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

"Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

"Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?  Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Walau bagaimana pun hubungan kita dgn ibubapa kita (baik atau buruk), asal-usul kita tetap daripada mereka!

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' (Pahrol Mohd Juoi)

Friday, June 4, 2010

Nk Tau Kalo Ada Org Syg Kita..

Ada Orang Sayang Awak...kalu awak nak tau... fikir2kan lah ye.




1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. .... ....
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. .... .. ..
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. .... .. ..
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda..... .. ..
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur..... .. ..
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.....
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia..... .. ..
8. Anda seorang yang istimewa dan unik..... .. ..
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda..... .. ..
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya..... .. ..
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka..... .. ..
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya..... .. ..
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela..... .. ..
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya..... .. ..
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga..... .. ..

Monday, May 31, 2010

SURAT UTK IBU.....


...bagi kengkawan kaum ayah/abah , sila jangan berkecil hati kerana belum ada artikel untuk ayah/abah setakat ini...





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.

Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's
next? My Mother! (DIPETIK DR MAHLIGAIKU)
Tgk betapa mulianya nilai kasih seorg ibu.....oleh itu kita kena la hargai ibu kita selagi hayat dia msh ada......mama I LOVE U SO MUCH....

Sunday, May 30, 2010

bestnyeeee dpt rehat.............

salam kwn2....

ai kwn2 sory na lama dah tak menulis dlm blog ni....maklum la kesibukkan dgn keja...br ari ni dpt cuti lps aku keja direct 7 mlm....MySpace.lth rasanya bdn ni....ari ni dpt rehat seronok sgt.....tido besar2ran la drumah...MySpace

utk pengetahuan korang aku ni operator kilang je tp pndai yea berblog celik IT la katakan....kwn2 kt tmpt keja aku pun heran....aku ada tagged,facebook,ym,blog dan apa2 je la....semua tu kalo tak de adik aku tak reti aku semua ni.MySpace...

tujuan aku berblog ni bkn apapun sj nk cr kwn2 nk berkongsi cerita tntang diri aku...maklum la dlm internet ni mcm2 blh dpt....byk gak kwn2 dlm blog aku ni semua yg berkerjaya....student...tak de lg aku jmpa yg keje kilang mcm aku ni....hu hu hu....

so smpai sini je la yea...aku nk kongsi ngan kwn2..nnti ada entry br aku post dlm ni k....MySpace

assalammualaikum..............



Thursday, May 27, 2010

Bapa zaman sekarang.............

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku
mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat

sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia

lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah

celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.


Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik

kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!


Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar

bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa

aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan

masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!


Panggggggggggggggggggg.


Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.


Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....


"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."


Pangggggggggggggggggggg....!


Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.


"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!


Hang jangan nak buat pasai!


Hang nak pakai tudung buat apa???


Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!


Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".


Hehehehhe...(sumber dr mahligaiku)







apa mcm ok tak ?????.......aku pun terkena daa........

Friday, May 14, 2010

kejamnya org kafir........!!!!!!

salam all.....

ai kwn2 aku br je blk dr kl pas antar adik aku pegi airport..kononnya nk jmpa suami dia dkt london.....
nk jd cite kn adik aku dh smpai kt london tau tak apa jd kt dia imigresen tak lepas dia msk.....smpai kn nk jmpa suami dia pun tak blh.....geram btl dgr cite mcm ni.....kurang ajar btl org london kt sana....buat adik aku seolah olah mcm org salah.....yg paling aku kesian sekali suami dia la tunggu kt airport sehari suntuk...col mak aku menangis kesian kt adik aku....sbb adik aku asyik menangis.....sedey aku dgr jd mcm ni...tau tak alasan apa diorg bg adik aku bertudung sbb tu ssh nk lps msk dlm tu...kalo tau la nk jd cmni aku tak bg adik aku jejak pi sana...........diorg kn tkt dgn org islam...sbb br2 ni kn ada kes keretapi meletup kt sana.....skrg ni pengebom wanita berani mati pun dah ada...sbb tu diorg tkt dgn org islam....yg bertudung......

tak pe org kafir buat kt org islam mcm tu aku doakn biar ALLAH je yg membls apa yg diorg buat....smbg blk cite....biala dh smpai satu tahap suami dia dah tak tahan sgt mengamuk la smpai nk brgdh lg..dia srh diorg antar wf dia blk malaysia dgn segera.....kesian suami dia........

dlm kes ni plng kesian sekali adik aku ngan suami dia la ..mcm2 yg diorg impikn kalo adik aku smpai kt sana tp dh jd mcm ni......adik aku tak hingin lg nk jejak kaki ke sana..............so skrg ni adik aku ontheway  nk blk ke malaysia...korang doakn dia erkkk...................wasalam...

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU.....buat ibu yg tersyg...

 salam i malaysia......

lama dah yea sy tak berblog maklum la cbuk dgn keja.....tp apa pun sy ttp luangkn masa utk menulis blog sy ni..sbb ari ni istimewa buat sy.....

 selamat hari ibu  buat ibu tersyg.....
ni la ibu ku.....


sblm apa2 sy nk ceritakn sedikit tntg ibu sy...ibu sy ni seorg yg simple....blh dibuat kwn dlm apa jua keadaan.....tak tau la cmana keadaan sy kalau lah sy kehilangan ibu sy.....hai tak dpt nk bygkn blh jd gila kot....he he he....

tau tak korang yg buat sy respect ibu sy ni st je...semua dia blh jd...doktor,cikgu,polis,jpj,apa2 je la....yg paling best sekali chef la.....ha ha ha....bkn nk puji tp kenyataan.....masakan ibu sy mmg sdp....bkn sy sorang yg cakap tp ramai yg ckp mcm tu....cuma kami ni tak dak rezeki nk buat restoran...kalau la kami ni buak restoran dah kaya raya dah.....he he he....

tp apakan daya ibu sy ni tak sekuat org lain kesihatan nya tak mengizinkn dia buat tugas2 yg berat....so
terpaksa la lupakn hasrat nk buka restoran tu....he he he.....tp tak tau la nk ckp kalau diizinkn jd kot....

td ptg adik2 aku kelua beli kek utk ibu aku sbb kami nk celebrate bersama2 family...maklumla adik ku pun lg 2 hari je nk bersama kami sbb dia nk terbang ke uk utk bersama suami dia....hu hu sedey rasanya....nk tgk kek yg kami beli....


ni la kek yg adik2 aku beli..
murah je....
cantik tak kek yg adik2 ku beli......


ok la smpai sini je utk ari ini.....so utk 2 3 hari ni aku tk sempat nk berblog...so aku akan kembali...


MAMA I LOVE U SO MUCH AND FOREVER.....

Thursday, May 6, 2010

bestnyaaaa dpt award dr noorfa tq so much..


sukanya dpt award cntik gak blog aku yea...
thanks to noorfa
  • copy badge ' beautiful blogger award ' ni .. ( done )
  • ucap terima kasih n letak link pemberi award pada entri tersebut ( done )
  • senaraikan 15 blogger penerima award yg baru...( dah ramai dpt so nurul nk simpan je la)
 erm..enough yea...hehe...later i will find out the rest...
p/s - if u got this award already from sumone else, just ignore this invitation....


Sila ambil ye award yang cantik ni bagi insan2 terpilih diatas...or sesape nak amik pun silakan la ye...





Monday, May 3, 2010

Ibu MAAFKAN ank mu....adikku MAAFKAN kakakmu ini.........

salam....

mcmana yea aku nk mulakn........hati ini brbelah2 rasanya...marah geram sedih semua la apa  yg ada...
tak terlintas langsung dihati ini utk mengguriskn hati seorg ibu.....tp perasaan geram tak dpt lg aku nk menahan.......ibu sesungguhnya diri ini terlalu menyayangimu....ketahui la ank mu ini byk berdosa dgn mu...maafkn ank mu ibu....


adik....

maafkan akak... tdk terlintas dihati ini utk menyinggung perasan mu...sesungguhnya akak terlalu sygkn mu....tak sanggup rasanya nk kehilangan....
perasaan ini terjadi setelah apa yg berlaku......aku tak dpt nk menahan  kemarahan diatas apa yg brlaku trhdp mu....aku sentiasa mendoakn kebahagiaan mu walaupun dimana kau berada......jgn la kau fikir yg akak membencimu...sbnrnya akak tkt nk berpish dgnmu..tkt kehilangan mu selamanya...perasaan ini dtg setelah apa yg terjd..........maafkn akak dik........

ini lah apa yg aku rasa selama ini..........

Thursday, April 29, 2010

di tag oleh noorfa


mlm2 ni dh ditag oleh noorfa.....thanks.............

Wednesday, April 28, 2010

tips kesihatan 'SAYANGI JANTUNG ANDA'

salam ptg semua...

hai kwn2 dah lama sy tak berblog.....maklum la kesibukan dgn keja...........hi hi hi....
ari ni aku cuti.....bestnya....kebetulan br dpt gaji....seronok la aku bershopping.........

td aku bw mak aku pegi hospital....biasa la org tua2 kn...hospital tu dah jd rumah kedua la..tkt bila tgk ramai sgt org skrg yg ada penyakit kencing manis......ni yg buat aku nk jaga kesiahatan tu....nk tau cmana aku amalkn......

+
ni bkn arak tau ni air soda kosong...............harga dia setin rm1.30
(ni bkn promote tau just nk bgtau je)

tu air soda tanpa gula.....setiap pg aku minum dia dgn buah lemon dan sdkit garam...bancuh mnm pg2 sblm mkn apa2........jgn risau tak effect perut korang pun...bgs utk buang lemak, kurang kn toksin dlm bdn dan melancarkn penghadaman perut kita.......lemon tu pun tak la mahal sgt.............sebiji br rm0.99....tu la plng mahal....kalo korang nk yg murah pegi la tesco murah la ckit.....harga mmg berbeza....lemon yg elok lemon dr turki.......
ni pun aku dpt tips dr adik ipar ku......

satu lg kalo kurang tak blh nk amalkn mcm tu tak pe....aku ada satu lg tips....


ni quaker oat peket..........1 bungkus ni harga rm9.90
dlm ni ada 20 peket.....

ni pun korang blh amal kn juga....setiap pg sepeket mlm sepeket....insyaALLAH mudah2an mujarab.......kalo blh nasi tu kurangkn la......korang tak perlu berhabis utk ubt diet semua tu membazir je.....baik amalkn diet sendiri lg bgs......skrg ni aku dlm proses mengurangkn berat bdn...tp aku berjaya juga sbln aku dpt kurangkn 3kg berat aku..he he he.....k la stkt ni je utk ari ini......bye..............
















Saturday, April 24, 2010

rindunyeee kat dier.....

hai tak tau la kenapa hati ini btl2 rindu kt dier.....tu la ank sedara yg aku syg.......skrg dia ada kt kl dgn mak bapa dia la..........kalo la aku ni kaya dh lama aku ambik jaga dia.....he he he.....


ni lah buah ati aku tu..irfan...

sbnrnya bkn dia je ank sedara aku tp semua ada 5.....tp dgn dia ni lain ckit pandai buat hati aku syg sgt kt dier.....gmbr tu masa dia dlm 2 atau 3bln kot.....gmbr terbaru dia aku tak leh nk upload lg....

sbnrnya aku ni boring pun ada bosan pun ada....sejak aku kehilangan gigi ku.....semua kwn2 aku gelak kn aku.....tp tak pe gelak la byk mana diorg nk gelak.....tunggu masa je semua akan kembali seperti biasa....ha ha ha...

Wednesday, April 21, 2010

hatiku yg gundah....

salam pagi kwn.......

ari ni aku btl2 sedey....tak tau la kenapa......nyampah pun ada boring pun ada tensen pun ada....
sbnrnya aku bengang ngan adik aku sombong sgt mentang2 la suami dia dah msk kn duit belagak la dgn aku........biasa la tgh2 bln ni......aku pokai.....dia pun tgh syok nak naik kapal terbang pi luar negara....sapa tak teruja kn......tak pe la demi kebahagiaan dia aku doakn dia slmt pergi dan pulang....cuma kdg2 sikap sombong dia buat aku nyampah.....tu yg aku mls nk sembang byk2 ngan dia...aku harap dia tak lupa la pengorbanan org tua dia bila dia dh jmpa suami dia tu.......jgn plak kt sini jnji lain bila dah smpai sana jd lain.....ntah la.....sbnrnya aku sygkn dia tp aku jd geram bila lihat mak aku selalu lbhkn dia.............smpai apa aku ckp utk kebaikan dia pun selalu disalahertikn....tu yg buat aku jd geram ngan adik aku.....ntah la smpai bila aku mampu brthn.............

Monday, April 19, 2010

bengang betul......

salam semua.....kt sini aku ada satu citeyg aku nk kongsi dgn korang ......tension tul aku .....ptg smlm aku pi boh myk motor kt petronas dkt dgn umah aku......masa aku nk byr duit tu mai satu ank cina jantan potong turn aku....tak pe aku diam lg...dia byr duit masa dia nk tunjuk pam brapa tu kbtulan aku dblkg dia la ni....punya bgs dia hayun tgn' pang 'kena muka aku terkejut aku.....bila aku lihat dtgn ku rupanya gigi ku...arghhhh arghhhh......tension tul......aku punya nk marah nangis malu semua la.....mcm nk maki pun ada.....dia tau ckp sory bengang btl aku.........tension tensin.....gigi dpn ku dah patah sekerat.......malunya aku........dah la mlm tu aku keja...apa lagi gelak bsr la kwn2 ku......

aku ni ada satu sifat tkt......perkara paling aku tkt bila nk pegi hospital la......tu yg buat aku kecut perut la lmh bdn la semua la apa2 je.......nk tak nk aku kena buang rasa takut tu la kalo aku nk elok blk.....ni yg dok pusing dlm pikiran aku ni.......heiiiiii tak tau la.....nk pi ke tak nk.......mlm ni la penentuan utk aku buat keputusan nya........

Friday, April 16, 2010

assalammualaikum wbt.....

ari ni aku nk brkongsi dgn kwn2 tentang diri ku....boring sgt ari ni tak tau nk wt pe......spttnya ari ini aku ada date dgn seseorg tp tak jd....ntah la dia buat slack.....sakit hati aku.........kenapa yea org llki ni kuat sgt merajuk....lg pun aku bkn jns suka memujuk.........mls nk lyn lama2 baik sendiri la....mamat tu aku br je knl......kiranya br permulaan nk jmpa dgn dia la.....tp dh jd cmni so aku pun dh tak pkr pnjg rasa2 nya tak blh nk teruskn kot sbb aku boring dgn sikap dia yg suka memaksa....

ntah la kononnya jjur tp zero......smpai bila pencarian aku nk berakhir pun aku tak tau la..... BUT LIFE MUST GO ON.....yg penting aku tak kn ada rasa sedih dlm hdp ini.....lelaki blh dicari tp teman sejati sukar ditemui.....tp aku tak kn sesekali putus asa dlm pencarian ini........

salam semua.............

ini adalah kisah hidupku.......

aku punya satu keluarga yg bahagia.....tp adakala nya ribut melanda....he he he.....

aku punya seorg abg dan dua org adik......seorg pmpuan dan seorg lelaki......

abg ku dah berkahwin.....ank 5 isteri 2....huhuhu...tp yg pertama dh berpisah........

so tinggal 1 je la isteri dia.......adik ku yg permpuan pun dah berkahwin......

suami dia org turki.......tinggal kat united kingdom....adik ku yg lelaki plak berkhidmat

dlm tentera laut skrg ada kt lumut.........aku plak....mcm ni la dlm pencarian......he he he....

ini baru permulaan kisah hidupku tunggu akan ada lagi yg menarik.....akhir kata

selamat datang ke taman hati ku.................

keluarga ku tercinta

**Dekhnewalon Ne kya Kya**