Mutiara Kata Hatiku...

nuff

Thursday, June 24, 2010

Buat ayah...

Bercerita tentang kes tangkap isteri pada hari bapa teringat pula satu cerita yang dikongsi bersama saya melalui kawan kepada kawan
 
Ceritanya bermula begini,
Pasangan ni dah lama bercerai, sejak anak dia berumur 6 bulan mereka telah bercerai sehinggalah anak berumur 8 tahun mereka tidak berkahwin lagi.
Pada satu pagi bekas isteri menerima panggilan daripada bekas mentua mengatakan dia tidak dapat contact anak lelaki kesayangannya. Dia nak menyampaikan berita kematian nenek kepada lelaki tersebut. Nak dipendekan cerita kebetulan pasangan yang telah bercerai ni tinggal satu kawasan. So, bekas bapa mentuanya menyuruh bekas menantunya pergi tengok anak lelaki dirumah untuk menyampaikan berita tersebut. Dalam keadaan terpinga2 kebetulan dia memang tidak tahu alamat sebenar bekas suaminya hanya kawasan perumahan saja yang diketahui. Memandangkan si anak kecil pernah pergi sekali ke rumah bapanya dia pun dengan girang menawarkan diri untuk tunjuk rumah bapanya.
Sampai di sana si anak kecil ni pun memanggil papanya.... assalamualaikum. ..papa... papa....oi. ..papa... papa shai......papa. ..kakak datang ni
Lebih kurang 15 min si anak tu menjerit, tetapi tiada jawapan, mustahil tidak ada, sedangkan motornya terpacak diluar.
Rumahnya sunyi sepi hanya selerakan kasut yang berada didepan pintu. Tiba2 si ibu ni ternampak sepasang kasut tumit tinggi didepan pintu rumah tersebut. Mustahil lelaki yang memakainya, so dia mengagak mungkin kedatangan mereka tidak kena waktu. Si ibunya pun memujuk anak kecil tu dengan mengatakan mungkin papa tidur mati lalu mereka pun berlalu pergi. Si ibu sedih melihat telatah anak kecil yang tidak mengerti, dengan girang berlalu sambil berkata papa tidur mati mama, ha..ha..ha..
Sampai dirumah ibu kepada wanita tersebut bertanyakan adakah dapat sampaikan berita kematian tersebut kepada bekas suamainya. Dia berterus ternag kepada ibunya tentang apa yang dilihatnya dan terdengarlah oleh si anak kecil ni. Apa lagi meraung sedihlah si anak kecil ni, papa tipu kakak, papa tipu....tapi papa tak kan tipu kakak.....papa dah janji nak beli komputer dan congkak untuk kakak...mama yang tipu....mama tipu...
mamanya rasanya bersalah dan memujuk kembali anak kecilnya. Yalah...mama tersilap, memang papa tidur mati, dulu masa mama dengan papa, papa memang susah nak bangun sampai kena letak air kat muka dia baru bangun. Tergelaklah si anak kecil tersebut...
Yang menyedihkan saya rupanya sianak ni dah prepare kad untuk bapanya dan ingin diberikan pada papanya sempena hari bapa tersebut. Yang saya tahu sejak mereka bercerai hanya ketika menyambut hari lahir anak dia ke-7 baru anak kecil tu mengenali bapanya, Selama itu bapanya tridak pernah bertanya khabar mahupun memberi nafkah kepada anak tersebut. Tetapi mungkin didikan ibunya dan orang disekeliling, sianak tetap mempunyai nilai kasih kasayang terhadap bapanya walaupun tidak merasa kasih sayang sebenar daripada bapanya selama ini.
 

1 comment:

Linglung said...

kesian si anak..xmengerti apa2

keluarga ku tercinta

**Dekhnewalon Ne kya Kya**